Sikhisme
atau lebih dikenali sebagai agama sikh adalah sebuah agama monoteistik yang
diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak dan Sembilan orang guru lain di Punjab,
India pada abad ke- 15. Agama Sikhisme adalah agama kelima terbesar di dunia
iaitu dengan lebih daripada 23 juta penganut. Sikhisme berasal daripada
perkataan sikh yang dating daripada kata dasar śiṣya dalam bahasa Sanskrit,
yang bermakna ‘murid’ atau ‘pelajar’ atau śikṣa yang bermaksud ‘arahan’.
1. Pakaian
Pakaian
bagi masyarakat Sikh ialah serban bagi kaum lelaki dan Punjab bagi kaum wanita.
Pemakaian serban juga ada beberapa jenis ikatan dan menggunakan pelbagai warna.
Kain serban yang sangat panjang diperlukan dalam mengikat serban kerana perlu
melingkari seluruh kepala. Jadi, amat sukar bagi mereka yang tidak mahir
menggunakannya.
Wanita
pula kelihatan ayu dengan selendang di kepala dan baju Punjabi labuh dengan
seluar mengikut bentuk kaki. Corak latar yang digunakan pada pakaian mereka
juga tidak keterlaluan dengan warna terang menambahkan lagi kecantikan wanita
Sikh yang terkenal dengan hidungnya yang mancung. Pakaian Punjabi juga
digunakan khas untuk majlis perkahwinan tetapi dengan corak yang lebih menarik
iaitu dipenuhi sulaman manik dan benang emas. Itulah antara kelebihan orang
Punjabi kerana kemahiran unik mereka yang terkenal dalam aktiviti menyulam kain
dan sulaman mereka yang berkualiti tinggi.
2. Kepercayaan
Kepercayaan
utama orang Sikh ialah keyakinan dalam WAHEGURU iaitu Tuhan Universal yang digambarkan
menggunakan symbol suci ēk
ōaṅkār. Sikhisme menggalakkan meditasi yang berdisiplin di bawah nama dan mesej
Tuhan untuk memperoleh keselamatan. Agama ini juga menggambarkan Tuhan melalui
konsep yang tidak mengandungi antropomofisme (pemberian sifat manusia kepada
dewa- dewa).
3. Hari- hari Keagamaan.
Agama
Sikh bukan sahaja berbangsa Punjabi malah sesiapa yang mampu membaca dan
memahami isi kandungan Sri Guru Granth Sahib dan mengikuti kod amalan Sikh
boleh menganut agama ini. Upacara masuk agama ini dipanggil Amrit Sanchaar yang
bermula dengan lima khalsa memohon supaya seseorang itu dimasukkan ke dalam
persatuan atau ‘brotherhood’ khalsa. Selepas itu, mereka yang ingin memasuki
agama ini harus minum air ‘Amrit’ iaitu sejenis air madu yang digaul dengan
Kirpan. Semasa digaul,kelima- lima khalsa ini akan membaca lima Banis yang suci
iaitu Jap Sahib, Japji Sahib, Tay Prasaad Seveiye, Benti Chaupai dan Anand
Sahib.
Air
ini samalah seperti air baptisme dalam agama Kristian. Pertamanya, air dituang
ke telapak tangan kanan dan diminum oleh setiap orang yang masuk agama
ini.Kemudian air direnjis sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka.
Akhirnya setiap calon minum air ini dari mangkuk yang sama sehingga habis.
4. Adat dan Resam
- Mengandung
Ibu mengandung tidak
dibenarkan makan buah yang berkembar kerana dikhuatiri boleh menyebabkan
mendapat anak kembar. Mendapat anak kembar bukanlah suatu pantang larang di
dalam masyarakat Sikh tetapi kelahiran anak kembar besar kemungkinan akan
mendatangkan beban kepada sesetengah keluarga terutamanya keluarga yang susah.
Ibu mengandung juga tidak
dibenarkan memegang objek tajam seperti pisau atau gunting dan tidak boleh
memotong apa- apa ketika gerhana matahari. Mengikut kepercayaan mereka,
perbuatan tersebut boleh menyebabkan anak lahir dalam keadaan calar- balar di
muka dan tidak cantik.
Selain itu, terdapat juga
persamaan adat resam kaum Sikh dengan Melayu iaitu sekiranya isteri mengidam
sesuatu, suami perlu cuba untuk mendapatkan sesuatu yang diidam isteri supaya
dapat mengelakkan anak yang dilahir terkena tulah (terkenan) seperti meleleh
air liurnya.
Mengikut kepercayaan kaum Sikh, selepas
kelahiran sekiranya anak itu tidak berhenti menangis, keluarganya perlu ke
tempat uri ditanam dan dipukul tanah itu untuk menghentikan tangisan. Hari
lahir pula tidak boleh disambut sebelum tarikh lahirnya, mesti disambut selepas
atau pada hari lahirnya kerana ia boleh menyebabkan pendek umur.
- Kelahiran Bayi
Amalan biasa bagi
menyambut kelahiran bayi ialah dengan memberi hadiah. Pemberian nama merupakan
upacara penting yang dikenali sebagai Naamkaran. Bayi yang baru lahir akan
diberi nama setelah Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru
Granth Sahib akan dibuka secara rambang dan bayi akan dinamakan mengikut huruf
pertama di dalam muka surat tersebut.
Nama akhir atau nama belakang penganut
Sikh adalah sama, berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki
manakal Kaur bagi perempuan. Singh bermaksud ‘Singa’ manakala Kaur memberi
maksud ‘Puteri’. Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga
enam belas tahun, satu upacara akan dijalankan iaitu upacara pemakaian serban.
Upacara ini dipanggil Dastar Bandhni lazimnya dilakukan oleh para agama Sikh
yang dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.
- Perkahwinan
Penganut Sikh dimestikan berkahwin
kerana perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan ini
disamakan dengan penyatuan antara manusia dengan Tuhan iaitu satu matlamat
penting dalam kehidupan setiap penganut Sikh. Perkahwinan dalam masyarakat Sikh
dimestikan kerana cara hidup berkeluarga atau grihasth asram adalah cara hidup
yang paling utama dan semulajadi sifatnya. Bagi orang Sikh, perkahwinan adalah
suci dan mereka percaya pada system monogamy iaitu tidak berkahwin lebih dari
seorang isteri.
Dalam agama mereka,
penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Namun penceraian masih boleh
berlaku di mahkamah sivil. Perkahwinan antara individu yang mempunyai hubungan
kekeluargaan atau endogamy dilarang atau tidak digalakkan. Oleh itu, pemilihan
menantu biasanya dibuat oleh ibu bapa masing- masing.
Mengikut adat perkahwinan
kaum Sikh, pihak wanita akan mengeluarkan belanja yang banyak bukan sekadar
membayar dowri(hantaran) tetapi juga perlu menyediakan cincin emas bukan sahaja
untuk pengantin lelaki bahkan untuk ibubapa pengantin lelaki juga. Menjadi
kebiasaan keluarga pengantin perempuan perlu menyediakan set bilik tidur, set
sofa dan barang dapur untuk melengkapi rumah pengantin.
Proses peminangan atau pemilihan jodoh
juga bermula dengan pihak perempuan. Tiada istilah ‘perigi mencari timba’
kerana adat dalam masyarakat Sikh adalah perempuan yang meminang lelaki.
5. Kesenian dan Tarian
Kaum Sikh mempunyai pelbagai jenis
tarian dan permainan muzik selain turut menggemari aktiviti permainan
tradisional tetapi kebanyakannya berbentuk menguji kekuatan. Kebanyakan alat
muzik yang digunakan dalam masyarakat Sikh secara asasnya seperti muzik Punjabi
yang mana ia menggunakan banyak alat ketukan iaitu gendang atau rebana yang
dikenali sebagai jorri (tabla).
Waja (piano kecil) dan tabla adalah
dua alat muzik terpenting dalam masyarakat ini. Muzik Pujabi berirama rancak
dan sarat dengan emosi, menceritakan variasi perasaan seperti kegembiraan,
keceriaan, kesakitan dan semangat mendalam. Begitu juga dengan kagunya yang
turut mempunyai melodi penuh emosi dan perasaan.
Lazimnya apabila kita melihat tarian
dalam filem Hindi, ramai mengaitkannya dengan bhangra dan realitinya itulah
‘Raja Tarian’ dalam masyarakat Sikh kerana sehingga kini ia antara satu
daripada tarian yang masih digunakan secara meluas malah sudah ada yang
memodenkan gaya tarian dan irama lagunya seperti yang digerakkan kumpulan muzik
popular kaum Sikh iaitu Goldkartz.
Bhangra membabitkan ramai penari
lelaki dan wanita kebiasaannya melebihi enam orang dengan menggunakan pakaian
berlainan warna untuk menaikkan seri dalam rentak tarian itu yang memerlukan
tenaga tinggi penarinya kerana pergerakannya yang sangat pantah dan lincah.
Jika orang Melayu terkenal dengan
joget lambak ketika majlis perkahwinan, begitu juga masyarakat Sikh yang
menjadikan bhangra sebagai tarian bebas yang boleh disertai sesiapa sahaja
apatah lagi tarian itu sendiri tidak mengehadkan pergerakan dan penarinya bebas
melakukan aksi mengikut alunan dhol iaitu gendang atau rebana.
Kesimpulan.
Kesimpulannya
adat resam merupakan lambang atau identiti kepada sesebuah bangsa atau kaum
yang mana perlu dipertahankan dari generasi ke generasi yang akan datang.
blog ni lengkap ia membantu banyak . Thanks!
ReplyDeleteterbaik!
ReplyDeleteterbaik!
ReplyDelete👍🏻👍🏻
ReplyDelete