Saturday, March 30, 2013

Bahasa Slanga Remaja

Ulasan Bahasa Slanga Remaja (Cabaran memartabatkan Bahasa Melayu) oleh Umi Sakinah Binti Mat Jamian (207616)


Bahasa slanga atau lebih dikenali bahasa dialek sesuatu daerah atau bahasa rojak atau bahasa pasar yang digunakan sebahagian besar golongan remaja masa kini dalam perbualan seharian. Golongan dewasa serta warga emas juga terkadang terbiasa dengan budaya penggunaan bahasa slanga. Kebanyakan remaja yang menggunakan bahasa slanga berasa seronok dapat berbual dengan rakan- rakan mereka dengan cara begitu. Mereka merasakan penggunakan bahasa slanga mampu membuat pendengar lebih memahami akan isi yang ingin disampaikan tanpa perlu menggunakan ayat- ayat baku, ayat- ayat yang terus dan kurang menarik. Ini menguatkan lagi faktor penggunaan bahasa slanga hanya digunakan oleh masyarakat yang tidak sukakan bahasa baku ataupun sastera.

Bahasa slanga yang menjadi kebiasaan dalam pertuturan boleh meluputkan bahasa baku atau bahasa- bahasa indah yang lain. Sangat sukar untuk menemui masyarakat atau individu yang menggunakan bahasa baku era ini. Bahasa slanga yang tercipta kadang- kala berasal dari negara luar seperti Indonesia, Bangladesh dan Myanmar. Contohnya, pacaran. Walaubagaimanapun, bahasa slanga yang digunakan kadang- kala sukar untuk diterjemahkan kerana ada yang mencipta bahasa mengikut selera individu itu sendiri. Contohnya gomen iaitu kerajaan. Bahasa slanga juga kadang- kala kedengaran sedikit biadab.

Di bawah merupakan antara contoh- contoh yang digunakan bukan sahaja remaja bahkan juga golongan emas.








2 comments:

  1. Sekiranya terdapat banyak lagi maklumat berkaitan dengan Bahasa Slanga. Sila berkongi maklumat tersebut dengan saya :D
    Terima kasih atas maklumat ini

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh diperincikan kata slanga dari bahasa Bangladesh itu lebih baik. Kerana saya lihat penulis mendakwa ada kata slanga yang bersumberkan bahasa Bangladesh tetapi contohnya tiada.

    ReplyDelete